Siapa yang menghadapinya?
Kanser buah dada adalah diantara sebab utama kematian dikalangan wanita.
Apa menyebabkan kanser buah dada?
Penyebab sebenar kanser buah dada tidak diketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser buah dada.
Faktor-faktor resiko (mengenai) kanser buah dada.
· Usia yang meningkat
· Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser buah dada
· Telah terdapat kanser pada sebelah buah dada
· Awal datang haid pertama (sebelum umur 12 tahun) atau lambat putus haid (selepas 50 tahun)
· Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama selepas umur 30 tahun
·
Memakan makanan yang mengandungi banyak lemak
Bagaimana cara mengesannya?
Kanser buah dada boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal.
| Pemereksaan sendiri buah dada |
Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan sendiri buah dada Semua wanita yang berumur 20 tahun keatas perlu melakukan pemeriksaan sendiri buah dada setiap bulan sepanjang hayat mereka.
Pemeriksaan buah dada secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan kanser buah dada pada peringkat yang awal dimana rawatan adalah lebihberkesan.
Dayang mesti melakukan pemeriksaan setiap bulan jika dayang masih datang haid, pemeriksaan mestilah dilakukan diantara hari ke-7 hingga ke-lO selepas bermulanya haid.
Sekiranya jangka masa haid dayang tidak teratur atau sudah putus haid, pemeriksaan mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati sama ada, setiap hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.
Cegah kanser buah dada dengan melakukan pemeriksaan sendiri buah dada anda dan jadikan ia sebahagian dari cara hidup anda. 90% dari biji yang di-kesan adalah dirasai oleh wanita itu sendiri.
| Pemeriksaan Doktor |
Bagi wanita yang melebihi 30 tahun, mereka perlu mendapatkan pemeriksaan buah dada oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan setiap tahun.
Apakah tanda-tanda yang perlu diambil perhatian?
Pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting buah dada
buah dada terasa sakit
Kedutan yang luar biasa pada bwah buah dada
Perubahan bentuk dan saiz buah dada yang luar biasa
Puting buah dada tertarik ke dalam.