
Satu program untuk menyedarkan masyarakat mengenai risiko bahaya kanser buah dada telah dilancarkan oleh The College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia and MMA Foundation Radiology Fund. Program yang dinamakan Breast Cancer Awareness Campaign 2001: The Subsidised Mammogram Programme Highlights.
Kumpulan sasaran kempen ini ia-lah bagi wanita berusia 40 tahun dan keatas dan juga bagi kumpulan berisiko tinggi mengidap barah seperti wanita daripada keluarga yang pernah mengidap kanser buah dada. Program ini juga terbuka kepada kaum lelaki.
Lima buah pusat memogram telah dibuka di Lembah Klang ia-itu Hospital Kuala Lumpur, University Malaya Medical Centre, Women’s Cancer Detection Centre & Breast Clinic (National Cancer Society of Malaysia), Pantai Medical Centre and Megah Medical Specialists Group. Manakala dua buah lagi ialah di Kelantan ia-itu Hospital Universiti Sains Malaysia and Hospital Kota Bharu.
69.1% penyertaan dibawah program ujian mammogram ini datangnya daripada Lembah Klang dan 27.4% lagi daripada Kelantan.

Secara puratanya, wanita keturunan Cina mencatatkan penyertaan sebanyak 63.4%, Melayu 25.8%, India 8.2% dan lain-lain keturunan 2.6%.
Berdasarkan purata umur yang mengambil bahagian, sebanyak 68.2% melibatkan wanita berumur bawah 50 tahun, dengan sebahagian besarnya ia-itu 58.56% melibatkan kumpulan umur 41-50 tahun. Bagi kumpulan umur 51 tahun keatas sebanyak 25.2%.
Hasil daripada program ini mendapati keputusan pemeriksaan mammogram mendapati 92% daripada peserta adalah normal atau benign. Hanya 2.5% mempunyai tanda-tanda awal mendapat kanser(slightly or highly suspicious). Daripada keseluruhan jumlah yang mempunyai tanda awal (slightly or highly suspicious) 33% terdiri daripada kumpulan umur 41-45 tahun, 7.0% daripada kumpulan umur 36-40 tahun manakalakumpulan umur 46-50 tahun sebanyak 23.4%. Bagi kumpulan umur 51-55 tahun sebanyak 15.4% dan kumpulan 55 tahun keatas sebanyak 7.7%.