Cancer news

Monday, March 12, 2007

Pejabat stesen ABC ditutup - Ekoran kebimbangan 11 pekerja hidap kanser

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) hari ini mengumumkan akan menutup pejabatnya di sini selepas siasatan menunjukkan bilangan kakitangannya yang menghidap kanser payu dara agak luar biasa.

ABC telah mengarahkan sebuah panel bebas menjalankan siasatan selama lima bulan selepas hampir 100 kakitangannya melancarkan mogok Julai lalu untuk menuntut supaya pejabat itu dipindahkan ke lokasi lain.

Premisnya di sini yang menempatkan bilik berita, studio dan pejabat ABC telah dipersalahkan selepas 12 orang kakitangan wanita dikenal pasti menghidap kanser payu dara dalam tempoh 11 tahun.

Lapan orang daripada mereka bertugas dalam bilik berita dan kebanyakannya telah berkhidmat lebih lima tahun.

Siasatan itu menunjukkan bahawa pekerja-pekerja wanita di kalangan 250 kakitangan ABC yang bekerja di premis Brisbane didapati menghidapi kanser payu darah pada kadar 11 kali lebih tinggi daripada mereka yang bekerja di seluruh Australia.

Pengarah Urusan ABC, Mark Scott menyifatkannya sebagai “kadar tinggi yang luar biasa” tetapi panel itu tidak dapat menjelaskan punca atau kaitannya dengan keadaan di tempat kerja atau teknologi yang digunakan di premis itu.

Scott berkata, pemindahan itu akan bermula hari ini membabitkan bilik berita yang dijangka berakhir menjelang akhir bulan depan.

Beliau juga berkata, kakitangan yang terlibat ditawarkan pemeriksaan mamografi dan kaunseling percuma semasa proses pemindahan itu.

ABC juga akan menjalankan satu kajian ke atas insiden kanser payu dara di kalangan kakitangannya di lokasi lain di seluruh Australia dalam usaha mengenal pasti puncanya.

Type & search

Formula One

Breaking News

recent posts

Grab this Widget